CCA1124 – KERJA BATA, PEMASANGAN PINTU DAN TINGKAP (BRICKWORK, DOOR AND WINDOW INSTALLATION)

Pengenalan

Kerja Bata, Pemasangan Pintu dan Tingkap merupakan kursus dalam bidang Teknologi Pembinaan yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah pembinaan tembok bata serta pemasangan pintu dan tingkap mengikut spesifikasi dan piawaian pembinaan. Kursus ini merangkumi penggunaan bahan binaan seperti bata, mortar, simen dan pasir, selain mempelajari teknik mengikat bata, penjajaran kerja bata, penyediaan bukaan pintu dan tingkap serta pemasangan kerangka dan panel pintu serta tingkap. Pelajar juga didedahkan kepada aspek keselamatan, penggunaan peralatan binaan dan pemeriksaan kualiti kerja bagi memastikan hasil pembinaan kukuh, tepat dan kemas.